{80}
ABASA (bermasam muka).
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Ia
bersama muka dan berpaling
2.
Lantaran datang kepada nya orang buat itu,
3. Pada
hal apakah yang memmberi mu tahu, barang kali ia akan jadi bersih ?
4. Atau
ia akan ingat, lantas peringatan itu memberi manfaat kepada nya ?
5. Ada
pun orang yang tidak memperdulikan (itu)
6. Maka engkau menghadap kepada nya.
7. Pada
hal apakah rezeki mu kalau ia tidak jadi
bersih.
8. Tetapi
ada pun orang yang berjalan datang kepada mu
9. Pada
hal ia takut
10. Maka
engkau tidak perdulikan dia.
11.
Jangan demikian ! kerana sesungguhnya
(ajaran-ajaran Quran) itu satu peringatan.
12. Maka
siapa-siapa yang mahu, biarlah ia ingat kepadanya.
13.
Didalam kitab-kitab yang dimuliakan.
14. Yang
ditinggikan yang disucikan
15.
Ditangan-tangan utusan-utusan.
16. Yang
mulia, yang berbakti
17.
Celaka manusia ! alangkah besar kekufuran nya !
18. Dari
apakah ia dijadikan dia ?
19. Dari
setitis mani ia jadikan dia, lalu atur sifat-sifat nya.
20.
Kemudian ia mudahkan jalan (keluar)nya.
21.
Kemudian, ia matikan dia, lalu ia jadikan dia terkubur.
22.
Kemudian, bila ia kehendaki ia akan
bangkitkan dia.
23. Belum
sekali-kali ! belum (manusia) tunaikan apa yang Allah perintah dia.
24. Maka
cubalah manusia lihat kepada makanan nya.
25. Kami
telah curah air satu curahan nya.
26.
Kemudian kami hancurkan tanah itu sungguh-sungguh.
27. Lalu
kami tumbuhkan padanya biji-biji makanan
28. Dan anggur
dan sayuran.
29. Dan
zaiton dan kurma.
30. Dan
kebun-kebun yang subur.
31. Dan
buah-buahan dan rumput-rumput.
32. Untuk
jadi bekalan bagi kamu dan bagi binatang-binatang ternak kamu.
33. Maka
apabila datang suara pertempuran besar
34.
Dihari yang (tiap-tiap) orang lari dari saudaranya.
35.
Dan (dari) ibunya dan bapanya
36. Dan
(dari) isteri nya dan anak-anak nya.
37. Bagi
tiap-tiap seorang dari mereka, dihari itu,
ada satu urusan yang muliakan dia.
38.
Beberapa muka dihari itu bercahaya-cahaya.
39.
Tertawa dan bersuka-suka.
40. Dan
beberapa muka dihari itu (terlihat) atas dukacita.
41. Yang
ditindih oleh kegelapan
42.
Mereka itu ialah orang-orang kafir yang derhaka.